berminat untuk dapat duit??? sile kelik banner yg kiut ini

Sunday, December 05, 2010

nExT!

hai hoi haii....
salam diucapkan kepada semua!
kali ini saya akan menceritakan kisah seterusnya yang telah dilalui selama tempoh menghilangkan diri buat beberapa ketika pada baru-baru ini,
pada mulanya saya memanglah teringin sangat untuk menceritakan semuanya secara rentetan mengikut urutan yang sebenar,
namun
kronologi peristiwa yang dilalui akhir2 ini sangatlah begitu mengujakan,,
maka dengan demikian, saya telah memutuskan untuk menceritakan sahaja menurut kehendak hati (sesuka hati) tanpa mengikut urutan yang sewajarnya.
diharap para pembaca sekalian tidaklah kisah akan kecelaruan yang disebabkan oleh diri ini.

Baiklah,
untuk tidak melengah-lengahkan masa lagi, pada kali ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya melapor diri ke tempat kerja yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hari lapor diri adalah pada 22hb November 2010. kami dikehendaki menghadirkan diri ke Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam pada pukul 8 pagi untuk mendengar taklimat perkhidmatan serta mendapatkan surat tawaran penempatan.

Saya telah bertolak pada petang 21hb secara konvoi bersama-sama dengan family pihak sebelah lelaki (macam rombongan meminang lak---> actually fmly si dia nak pegi bercuti-cuti Malaysia di beberapa destinasi pelancongan yang agak tersohor di Malaysia). sebanyak 3 buah kereta iaitu proton Ixora, Honda City dan juga Saga BLM bernombor plat DBL 2564 telah bertolak menuju ke destinasi yang telah dirancang. Kami tiba di tempat kejadian, eh tempat tumpangan iaitu di Kapar, Klang (umah mak cik beliau) pada pukul 3.30 pagi. Selepas makan-makan dan membersihkan diri serba sedikit, kami tidur, dan telah bangun seawal jam 6.30 pagi untuk bertolak ke tempat yang sepatutnya.

Pada pagi tersebut hanya saya, adik perempuan saya, beliau, dan juga sepupu lelaki beliau yg berumur 12 tahun sahaja yang pergi menghantar saya ke tempat pendaftaran tersebut, selepas meninggalkan saya di sana terkontang kanting keseorangan (sebelum bejumpa dgn cik puan ida) mereka terus blah untuk pergi menghantar adik saya ke perhentian bas seksyen 17, dan selepas itu balik semula ke Kapar untuk melepakkan diri (berehat).

Selepas tamat taklimat, saya telah pergi berjumpa dengan cik siti rohana iaitu teman sahabat karib seperjuangan kesayangan saya di kawasan tempat kerja merangkap kawasan perumahan tempat beliau tinggal untuk sengaja melepaskan rindu serta bertanya tentang lokasi yang akan kami pegi seterusnya. (sekolah)

Oh, hampir terlupa pula, pada masa ini saya telah mengetahui sekolah tempat bakal saya berkhidmat iaitu di salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan USJ. Setelah bertemu dengan cik siti rohana dan bercakap hanya dua tiga patah dialog, kami terus bergegas menuju ke destinasi tersebut. Hanya PK HEM yang saya temui pada ketika ini kerana Puan Pengetua dan juga PK tiada di sekolah. PK HEM mencadangkan supaya saya datang lagi pada keesokan harinya untuk berjumpa dengan pengetua, dan juga datang lagi pada hari lusa uuntuk bertemu dengan kaunselor-kaunselor sekolah (bakal rakan sejawat). Oh, saya berasa agak berat untuk datang berulang alik dari Dengkil ke USJ untuk tiga hari berturut2 memandangkan jarak antara kedua-dua tempat akan memakan masa dan jugak menelan dengan rakusnya kos perjalanan yang akan ditanggung nanti. Fuhhh...Cobaannnnn....

Setelah memikir-mikir dan membuat timbang tara yang sewajarnya, saya telah memutuskan untuk datang saja pada hari lusa untuk bertemu dengan kaunselor-kaunselor sekolah tersebut. Nasib saya agak baik kerana puan pengetua masih berada dalam pejabatnya ketika saya tiba seawal pagi. terdapat 3 orang kaunselor di sekolah tersebut yang ketiga-tiganya adalah perempuan dan juga kesemuanya telah berkahwin. 2 orang bertugas pada waktu pagi dan seorang pada sesi petang. maka sudah semestinyalah saya perlu bertugas pada sesi petang.
Harap dapat menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya................

Sebenarnya masih banyak yang ingin saya tulis di sini termasuklah berkongsi dengan anda kisah cuti2 Malaysia yang saya sertai bersama dengan keluarga encik beliau, dalam masa saya begitu kelam kabut menguruskan hal ehwal pekerjaan saya ini. namun begitu, dibimbangi anda semua begitu jemu sekali untuk membacanya maka saya berkeputusan untuk menghentikan sahaja bicara pada noktah. sekian sahaja daripada saya, semoga bertemu di lain lembaran.



Stok skEma,

-END

No comments:

Post a Comment