berminat untuk dapat duit??? sile kelik banner yg kiut ini

Saturday, December 04, 2010

Assalamualaikum dan salam satu malaysia buat semua rakyat Malaysia yang mrmbaca entry ini,,

(wahh...ayat x boleh blah!)


Sudah lama kiranya diri ini tidak berceloteh (merapu) meraban dalam belog yang sangat dicintai ini,, (wahhh...sekali lagi). sesungguhnya bukanlah niat diri ini untuk membawa diri ke puncak eberest mahupun ke hutan simpan taman negara, maka adanya diri ini teramatlah ingin menuliskan kesemua hikayat perjalanan hidup ini sementelah masih dianugerahkan hayat yang berpanjangan yakni hingga ke saat ini, xoxoxo..
oleh itu moleklah kiranya hamba meneruskan celoteh pada entry ini dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kesemua insan sejagat!



Waaaahhhhhhh!!!!!!! rindu gila nak mengepos belog dan berkongsi semua yang telah dilalui selama pertapaan ku ini...
wahhh...wahh..wahh...
relekk...relekk....jangan menggelabah badak ye semua,,
bersedialah utk bekongsi kesemua cerita yg ingin disampaikan,,
jika sekiranya da agak2 pjg bejela dan boleh membuattkan para pembaca tertonggeng kebuhsanan,,
maka jangan bimbang,, penulis akan cuba mencari alternatip laen utk mengelakkan anda daripada terkena sawan kebohsanan maka seterusnya terpaksa dihantar ke hospital sakit bosan.
(erkk,,ada ke...) what eva!

okey, tanpa membuang masa, ayuh lah kita ke perkara seterusnya ye,,

perkara pertama yang saya ingin kongsikan di sini adalah berkenaan aktiviti yg dilakukan selepas tamatnya sesi intervensi ( intervensi kerrr????) iaitu sesi berpraktikum di sekolah ye adik-adik, dan tuan puan yg dihormati semua,,

maka, setelah tamatnya tempoh berpraktikum selama dua bulan iaitu bermula pada 1 februari hingga 28 april 2010 di sebuah sekolah yang terletak di satu kawasan bandaraya, saya telah meneruskan perjalanan hidup ini ke sebuah kilang membuat air-cond di bandar yg sama.

maka adanya pengalaman untuk menimba ilmu secara praktikal di kilang tersebut hanyalah selama 10 hari. hal ini demikian kerana ada seorang mamat yg bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan saya selama bergelar perantau telah mengeluarkan arahan mandatori supaya saya menamatkan perkhidmatan sebagai operator pengeluaran di kilang tersebut.

terdapat banyak faktor yang menyebabkan beliau mengeluarkan perintah tersebut,
antaranya ialah;

1. tuan punya badan seringkali mengadu domba kepada beliau berkaitan keadaan diri yg sering keletihan dan kepenatan serta seringkali mengalami kesakitan badan dan kaki pada setiap hari

2. akibat daripada kepenatan tersebut telah menjadikan diri ini sering kali lemah lesu, sensitif, cepat marah dan mood swing serta sering tido awal dan tidak dapat meluangkan banyak masa untuk bermesra-mesraan, bermesej-mesej-an, dan jugak berbual-buala-an di telefon seperti yg telah menjadi rutin wajib untuk dilakukan pada setiap hari

3. maka untuk mengatasi perkara-perkara di atas daripada berterusan dan jugak untuk mengelak daripada berlakunya sebarang bencana alam yang lebih serius, maka arahan tegas telah dikeluarkan iaitu 'RESIGN'

owh...apakan daya...diri ini hanya mengikut sahaja...kerana beliau adalah penjaga yang telah diamanahkan untuk menjaga diri ini di kala perantauan...hu3...
maka, ekoran daripada itu, tindakan drastik telah diambil dengan menyediakan portfolio dan juga mencari agensi2 yang sedia menerima diri ini di premis mereka,,atas cadangan yang diusulkan oleh tuan penjaga saya juga, maka dalam hari yang sama kami telah meninjau dari sebuah ke sebuah premis yang difikirkan sesuai untuk saya,, sudah semestinya kawasan tersebut adalah di bandar yang sama tempat beliau bertugas,,

alhamdulillah..dua hari kemudian, premis tersebut telah menelefon dan menyuruh (mengarahkan) saya supaya melaporkan diri secepat mungkin. segala urusan adalah diuruskan oleh tuan penjaga dan diri saya sendiri. menurut beliau, premis ini akan memberikan pelbagai faedah dan kebaikan yang berganda daripada tempat kerja sebelum itu. antara kebaikannya ialah:-

1. bidang tugas yang sama dengan kerjaya yang bakal saya pegang pada masa akan datang
2. menambahkan pengetahuan sedia ada serta memberi pengalaman baru dalam mengendalikan urusan-urusan yang sepatutnya
3. menajamkan communication skill sedia ada
4. dan lain-lain

maka, setelah menimbang cadangan berikut serta kesanggupan beliau (tuab penjaga) untuk menguruskan segala hal bermula dari mencari, menghantar, menyiapkan portfolio (resume salinan sijil) maka saya dengan rela hati telah mengikut sahaja cadangan tersebut tanpa sebarang tentangan mahupun pertumpahan darah.

sepanjang menjalankan tugas di premis tersebut, saya telah tinggal di sebuah runah teres setingkat yang terletak di seberang jalan premis tersebut. maka saya hanya berjalan kaki sahaja ke tempat kerja tersebut pada setiap hari. seorang kakak yang baik hati iaitu Kak Chah yang telah menawarkan saya supaya tinggal di rumah tersebut bersama dua orang lagi rakan serumah yang juga baik hati iaitu Hunadya dan juga Aida.

saya sangat gembira tinggal di situ dan mengenali rakan-rakan serumah yang baik hati. saya dan kak chah selalu memasak pada setiap hari, kecuali pada hari jumaat kerana kak chah akan membelanja saya makan di luar setiap hari jumaat, ini kerana kami akan habis tugas sedikit awal pada hari jumaat. kami akan pergi makan+jalan-jalan cari barang kawin kak chah dengan kereta beliau iaitu sebuah kelisa berwarna biru.

manakala, pengalaman best bersama huna dan aida ialah mengikut mereka ke air terjun ulu yam bersama rakan sejawat mereka (staf dan pensyarah UKM), serta pergi bergembira memanjatt dinding (wall climbing) di Taman Cabaran, Putrajaya.

wahh...sungguh indah sekali memori itu,, saya sangat teruja kerana telah lama mengimpikan untuk men'joinkan diri dengan aktiviti lasak yang sebenar seperti itu! :) sayang sekali gambar-gambay adalah tidak berada bersama saya pada ketika ini untuk dikongsikan (tunjuk!) kepada anda semua...pheuwww...tapi tidak mengapa,, mungkin akan diselit pada masa akan datang @ di upload ke dalam ruangan muka buku..huhu..

okey lahh,, sekian dulu untuk cerita pertama sepanjang kehilangan saya,
selepas ini akan mengepos entry cerita ke-2 pula,,
:)

No comments:

Post a Comment