berminat untuk dapat duit??? sile kelik banner yg kiut ini

Wednesday, December 08, 2010

~~Akukah Yang Bersalah...

Wahhh...
tajuk tak boleh blah,, AHAKSS!!!
sebenarnya perasaan aku bercampur baur masa ni...
ntahlah
tak tau nak rasa apa (wahhh...macam boleh pilih2 pulak!)
okey..okey...
macam-macam yang aku rasa skarang ni,
ada sedih, marah,kecewa,sakit hati, tapi bila pikir2 balik,
macam kelakar pun ada...

citernya macam ni...
ada sorang kawan lama aku ni-perempuan-(kita namakan dia sbg Z==bkn nama sebenar)..dia dok couple ngn mmber skolah aku, lebih tepat lagi, clasmate aku dulu...
okey,,dah tentu2lah laki kan,, (yg ni kita namakan dia sbg A== jg bkn nm sebenar)
dorang ni couple lepas dah habis zaman skolah dah...
now, da betunang pun ms hari ry haji baru2 ni...

nak dijadikan cerita,
sebelum dorang betunang tuh,
ada lagi sorang member aku ni -perempuan=N (bkn nm sbnr jgk) sekampung dgn Z.
walopon dorang neh sekampung, tp biasala kan bila da masing2 membesar, bekerjaya dan dah ada haluan sendiri susah la nk bejumpa, ye dak??
so, bila dah sekali sekala bejumpa tuh pasti lah tekeluar hikayat2 lama yg dah bekurun zman tok kaduk sume kuarlah kan,,

Alkisahnya, tyme dorang tuh dok sebuk pung pang pung pang citer balik sumer kisah dolu-dolu ms zaman skolah, si N ni tetiba lak tekeluar cter yg si A ni kononnya penah TERcouple ngn AKU ms zmn skolah dulu... ZAAPPP...

Adussss...inilah yang menjadi punca masalahnye skarang...alaahaaiiii...
untuk pengetahuan anda semua,
aku ngn si A neh tak de lah couple as for really couple sptmana pasangan berchenta yg laen,,
Allah...ms tu aku form6, si A ni lak x masuk f6 sbb masuk ILP lps f5. kitorang neh sekelas ms f4 ngn f5. so, si A ni memang dah lama syok habis dgn mmber baik aku si Z td dah lama dah,, cuma ms f5 tu si A ni penah luahkan prasaan pd si Z, namun hampa dan kuciwa krn ditolak oleh si Z yg pada masa tu menganggap bhw luahan tu cuma sekadar gurauan semata-mata. (Z TAK sekelas dgn kami)

Maka mmber aku si A ni apa lagi, frust menonggeng la dia sbb ditolak oleh Z.. Oleh krn aku ni mmber yg agak rapat dgn Z, maka si A ni dok usha-usha lah cter psl si Z ni kat aku. bkn usha apa la,, dia tny aku cmna sbnrnya prangai si Z ni n tny aku knpa Z menolak dia...
Haisyy...susah gak neh,,sjk tu A salu gak mengadu prasaan frust dia tuh kat aku..rs nya kalau tak silap aku peristiwa ni belaku dkt2 nk trial exam...hermm...

okey, sambung lagi,,
sejak dari tu, aku pun scr tdk lgsg nye jd lah kwn dgn A. mksud aku jd kwn yg agak baiklah..aku ni jarang bekawan baik dgn laki,,bkn aku tak suka lelaki yea,,tp ms skolah dulu mmg tak ramai kwn laki..nk kata pendiam tak jgk sbb aku ni jenis yg aktif gak ah kalau kat klas tuh,,haha..ok, kwn baik mcm biasa mcm kkwan yg lain la..

lps dah tamat SPM tuh, masing2 bepecah,, Z dpt masuk uitm sbb dia budak bijak. duduk pun kelas pandai (aliran sains), tak mcm kitorang yg tak bape nak pndai neh,,duk kelas akaun je..huhu..
last2 aku masuk f6 n sekelas lg dgn N. A ms ni tgh blajar kat ILP dah. kat Melaka tak silap aku. (eh, ye ke???). so, lps masuk f6 n ms A kat ILP kitorang kerap gak bertelefon..selalunya topik perbualan mestilah menjurus pd perihal Z. haha..gila fanatik mmber aku sorang neh,,da kena tolak, frust menonggeng pom masih dok igt+rindu lagi..haha..aku layankan aje la..tp dgr cter dia mcm best je dok ILP tu..

ermm..ms upper six tu, ntah sebab apa mengapa dan kenapa ntah, aku pun tak tau tetiba agaknye rasa hbngn kitorang ni semakin mesra kot..tetiba gak ah, si A ni cadangkan kitorang kapel! (oh, sungguh aku x pasti ni cdngn ke apa)...
hahahahahaha.....aku tegelak2 jugak ah,,sebab A ni bkn boleh dilayan sgt mende2 camni,,dia.. jenis yg suka melawak+buat klaka.. (maybe sbb ni jgk la Z x pcy pd luahan prasaan dia dulu kot). hermm..aku pun tak tau cemana, tetiba...dan seterusnya pun mcm tu la, agaknya aku kapel lah kot dgn dia,, tah..tak tau nk xplain situasi ms tu cmna,,sbb kitorang tak de la nk kuar date ke hape pun..ye la, jauh kan...cuma betelefon je..cuma ada la dua kali kot, eh, ke tiga kali ntah, dia balik cuti, then kitorang jmpa, tu pun hari sekolah..haha..tp aku x jmpa dia ms skolah la..lepas skolah n dgn beruniform skolah tu aku jmpa dia kat bndar..ala, jmpa pun, ckp psl dia kat sn mcm mn. tu je la...secara jujurnya aku tak rasa pun mcm aku kapel dgn dia, rasa mcm jmpa kwn lama la..haha..kwn lama yg nakal+klakar.

erm...tapi hubungan tu (cheh, hbngan tu...) x thn lama pun. sebab bila dah lama2, n status hbngn dari kawan tu betukar ke "lebih dari kawan" maybe situasi hbngn pun agak berubah la sket. kalau sblm ni tepon ckp ttg blajar, kehidupan dia kat sana, tp bila dah kapel tuh topik pebualan pun mula menjurus ke arah personal la sket. dia ada gak citer sal fmly dia..aku?? ermm..tak tau la. rasanya takde kot. haha.. shortly, kitorang kapel tak lama pon, sbb mcm aku kata td la, kwn dgn kapel tu situasi dia da jd agak bebeza kan, so kita mula mengenali dia scr lbh mendalam.KOT. maksud aku di sini, kite lebih peka dan fhm dgn perangai dia yg sbnr. kalau sblm ni kawan, ckp pun ikut sdp mulut je, gurau2 bebas nak mengata mengutuk ke apa kan. tp bila dah kapel benda2 mcm tuh kena ada batas gak..pastuh lagi satu yg membuatkan kitorang stop hbngn neh sbb aku tak thn dgn perangai garang yg tersembunyi dlm diri si A ni. ermm..garang tu, tak tau nk ukur setakat mn garang nya dia. tapi dah aku ni jenis yg x leh kalau org marah2, tengking2, ckp tinggi2 suara ke...aku tak boleh..huhu...sensitip la katakan...so, kitorang bincang hal ni secara baik (through phone). aku terus terang ngn dia yg 'i just can't stand with this type of person'. so dia kata, ok, kalau mcm tu kita KAWAN je la.

Oh..aku dengan gembiranya terus menjawab 'Baiklah!'. kita kawan mcm biasa. (dalam hati aku tersenyum riang gumbira lagi sbb membayangkan terselamatlah aku daripada emosi2 negatif yg bakal menyekat tumpuan aku pd pelajaran.) Fuhh...lega.... memang lega betul ms tu.
aku bukannya apa, cuma aku ni memang jenis yg pasif sket kalu dlm bab2 hbngn cintan cintun ms zmn skolah ni. BETUL! tak tipu punya..ye la, aku ni fizikal dah la kecik, rupa pun takde. agaknya rs rendah diri kot. Ntah lah. memang tak minat lah nk kapel2 neh, x tau nak ckp cemana. org yg betul2 rapat ngn aku je tau aku ni mcm mn. Study is FIRST ok...ada sebab aku jadi macam tu... okey, tu citer laen. nanti buat entry laen psl tu. okey sambung balik yg td.

Mulai dari tu kitorang kira clash la drpd hbngn kapel yg tak brape nak kapel tuh. Oh ya, aku rasa durasi tempoh kitorang yg btl2 kapel tuh rs nye tak sampai pun 2 bulan. sebulan pun tak sampai agaknya. ntah lah, sbb tak tau kan bila yg kitorang betul2 serius berkapel. haha... So. pada pendapat korang adakah ianya layak dianggap sebagai satu hubungan percintaan yg wajar digembar-gemburkan?????? Ha, jawab...jawab....

Baiklah, sekarang apa pulak kaitannya cerita yg pjg lebar ini dengan topik yg mula2 skali yg kita bincangkan dlm perenggan pertama td?
Okey..begini ceritanya ye adik-adik....
hubungan aku dengan Z ni sgt lah baik beberapa minggu dan bulan sblm diorang betunang tuh..
hbngn kami mmg baik dari dulu. kerana Z tak tahu menahu pun ttg kisah aku TERkapel dgn A neh. Bukan niat nak tipu atau menyembunyikan perkara ni daripada dia, cuma aku rasa tak de keperluan pun utk aku bukak cerita zaman tok kaduk ni kat dia. Dorang kapel balik lak sbb ms si A ni kat uitm dulu dia ada kol aku mtk no A. aku bagi la (selepas aku kol dan tny A nk suruh aku bg ke tak). then lepas tu, ms dia balik cuti, dia dtg umh aku merisik2 (bukan merisik aku ye), merisik cerita psl A. betul ke dari dulu A syok kat dia, betul ke A ni masih syok kat dia. aku ckp la, betul la...A frust sampai menonggeng tertonggeng teguling2 (exageration di situ) ms kena tolak ngn dia dulu, then selalu menalipon aku ttny psl dia lepas hbs skolah dulu. Betul kan aku ckp mcm tu?? Memang betul punn...
Pastu aku ckp ngn dia, bagi la peluang pd A, da lama dia dok tggu ko, bagi la peluang utk diri masing2...dan, Alhamdulillah...hubungan mereka dah pun sampai ke pertalian tunang.

tapi apa yg menyedihkan aku, dua tiga minggu sblm pertunangan mereka, disebabkan cerita yg keluar dari mulut N,(N tahu cerita aku dgn A scr x sengaja sbb aku penah nangis kena mrh dlm telepon dgn A, ms aku tidur kat rumah N) Z terus memutuskan persahabatan kami. dia buang aku dari teman fb dia, pastu dia buang A dari senarai kawan baik aku...tapi yang peliknya, dia tak penah kol@jmpa@ contact aku utk mtk penjelasan yg sebenarnya drp. aku SEDIH sgt :'-(
SEDIH as in BETUL-BETUL SEDIH. kenapa buat aku mcm ni. perlukah aku dipersalahkan? aku tunggu jugak dia tepon@msj kot2 nk tny cter sbnr dari aku. tapi TAK ADA! Nil! Nehi! Dia langsung tak contact aku lepas tu. Aku ke yg perlu pergi berjumpa dgn dia dan menerangkan segalanya??? Perlukah aku??? Kenapa mesti aku? Kerana adakah ia merupakan salah aku. Sob! sob! Aku betul-betul sedih...Seorang sahabat@ kalau dia anggap aku kwn biasa sblm ni, tega nya dia memutuskan jalinan hubungan kami kerana satu cerita lama...yang pada aku langsung tidak patut dijadikan sebab utk menghukum aku sebegini rupa.... Nonsense!

Aku try juga menge'add dia sbg friend kat fb, tapi dia tak approve. Malah, dia mendelete komen yg aku post pd wall A mengucapkan salam pertunangan pada kedua-dua mereka. dia mendelete doa yang aku titipkan buat mereka. Sungguh aku Sedih!. dan aku teramat beremosi pada ketika ini...

Tapi tidak mengapalah...sehingga ke baris ini aku merasakan bahawa tiada sebarang kerugian pada aku untuk tidak menjadi kawan kepada seorang yang bersikap seperti itu... Sungguh,aku merasa terkilan kerana dia memperlakukan aku sebegini. Membuang aku dari hidupnya. Seolah-olah aku melakukan dosa yang sangat besar padanya. Tapi tidak mengapalah. Aku memaafkan mu...atas segala yang telah kau lakukan padaku. Aku berdoa semoga kau bakal berbahagia bersama insan kesayanganmu, A, yg sangat kau dambakan itu. Ambillah dia! Aku tidak ingin dia, kerana aku juga punya seorang kekasih yg sudah terlalu baik dan menyayangiku seadanya. Janganlah kau bimbang kerana aku tidak akan merampas A daripadamu.

Ingatlah kawan, sekiranya Allah telah mentakdirkan jodohmu dengan dia, selamanyalah dia milikmu...

Aku juga insan biasa sepertimu, tidak layak untuk menentang janji Allah swt yg telah pasti. Segalanya telah tersurat di luh mahfuz....namun tersirat dari pandangan mata kita...
Aku redha dengan segalanya..............

Ampuni aku ya Rabbi...atas segala kekasaran bahasaku di sini...Sesungguhnya ini adalah luahan hatiku yang sebenar-benarnya. Hanya Kau yang maha mengetahui.........

Berilah ketenangan dan kasih sayangMu pada insan yang lemah ini... Sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada-Mu, dan yang tidak baik juga datang dengan keizinan-Mu namun disebabkan oleh kekhilafan diri ini sendiri.


Aminnn...ya Rabbal'alaminn.......


Kecelaruan emosi;

1 comment:

  1. paling senang.. jumpe dia.. then trus terang.. cemburu sgt tu

    ReplyDelete