berminat untuk dapat duit??? sile kelik banner yg kiut ini

Wednesday, May 06, 2009

PERTEMUAN PERTAMA


PERNAHKAH anda mengaturkan janji temu dengan seseorang? Tidak kiralah orang itu seseorang yang anda kenali, ataupun juga belum pernah anda temui. Tentu saja semua inginkan sesuatu pertemuan istimewa berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.Tetapi bagaimana pula jika pertemuan itu tidak seperti mana yang anda inginkan dan membuatkan anda bertukar menjadi tidak selesa dan berperasaan ingin segera lari dan pulang ke rumah? Pastinya segala yang diimpikan menjadi suatu ‘mimpi ngeri’ yang harus dirahsiakan kepada umum.

Bersemuka kenalan baru tidak semestinya menjadi pengalaman indah seperti diimpikan lelaki atau wanita…

Tentu bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman membuat janji temu mempunyai banyak kisah tersendiri sepanjang menjayakan sesi bertemu seseorang itu. Apatah lagi bila mengenangkan pelbagai taktik biasa yang kerap kali digunakan ketika pertemuan itu dirancang.

Macam biasalah bila janji temu dilakukan pasti ada beberapa syaratnya yang ditentukan seperti warna pakaian, jenis potongan rambut, ketinggian, berat dan lokasi pertemuan. Sejauh mana seseorang itu mampu mengikuti syarat yang ditetapkan bergantung kepada kejujuran pasangan itu sendiri.

Itu belum lagi tindakan yang lebih ekstrim yang dirancang seperti menyuruh kenalan menyamar sebagai tuan empunya diri, semata-mata takut untuk berhadapan dengan pasangan buat pertama kali.

10 Cara Menggagalkan Pertemuan Pertama

1) Jangan menghantar gambar terkini
2) Jangan membuat sesuatu yang mungkin menarik perhatiannya
3) Datang lewat
4) Sering merungut
5) Bersikap kurang sopan
6) Sengaja meninggalkan dompet
7) Kerap membuat panggilan telefon
8 ) Asyik bercakap besar
9) Berkelakuan tidak senonoh
10) Berkongsi cerita tidak elok

Langkah penting untuk pertemuan pertama

· Sentiasa menghormati pasangan dan menjadi pendengar yang setia.

· Jangan sesekali meninggi diri seperti memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, anda hebat, begitu sihat dan sebagainya yang boleh ‘mencacatkan’ kelebihan diri mu.

· Sila matikan telefon bimbit bagi mengelak sebarang gangguan. Tindakan itu sedikit sebanyak membuktikan betapa anda begitu serius dan menghormati janji temu itu.

· Gayakan penampilan mengikut kesesuaian umur anda. Janggal sesekali menggayakan penampilan yang anda sendiri malu untuk berada di khalayak.

· Bersikap jujur.

· Jangan sesekali menjadikan janji temu anda itu sebagai medan untuk membuka cerita isu semasa dan debat.


Harus tahu bila menghadiri temu janji

· Tidak semua orang menyukai anda. Mengikut fakta, purata 95 peratus masyarakat tidak akan menyukai pasangan janji temu. Tentu kamu juga pernah berperasan begitu? Justeru, terimalah seadanya yang kemungkinan orang lain juga tidak boleh menerima anda di pertemuan pertama.

· Jangan sesekali meletak harapan terlalu tinggi dalam pertemuan pertama.

· Ingat fakta “no pain, no gain’? Dalam sesuatu pertemuan itu, ia lebih kepada ‘no risk, no gain’. Anggaplah jika tidak menghadapi sesuatu risiko, anda tidak akan berjaya.

· Anda tidak akan berjaya sekiranya tidak bermain dalam ‘permainan’ di pertemuan pertama itu.

· Cetuskan strategi untuk memenangi hatinya.


Sebelum mengaturkan janji temu

1) Membaca akhbar atau majalah popular untuk mengetahui perkembangan terkini.
2) Pilih lebih awal lokasi pertemuan bagi mengelak membuang masa membuat pilihan destinasi pertemuan.
3) Sediakan profil lengkap butiran peribadi anda berserta dengan gambar. Pastikan gambar di ambil di kawasan yang cantik dengan pancaran cahaya yang terang.
4) Pastikan hanya anda saja berada di dalam foto itu.
5) Cuba untuk kelihatan bersikap terbuka.
6) Pastikan penampilan anda kemas dan tidak selekeh.
7) Tidak sesekali sibuk pada hari pertemuan diaturkan bagi memastikan anda tidak lewat tiba.

RAHSIA MATA DAN PEMIKIRAN


Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..

3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.

7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.

8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.

# Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan.

TIPS MENGHADAPI KESEDIHAN

Bersedih selama setahun atau lebih selepas kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah perkara biasa. Beri masa kepada diri sendiri, dan dapatkan sokongan yang diperlukan.

Langkah-langkah:

1. Mengadu kepada kawan-kawan dan keluarga. Mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui, tetapi mereka boleh menawarkan bantuan. Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan.

2. Jaga kesihatan anda. Kemungkinan ini merupakan satu perkara terakhir yang anda ingin lakukan, tetapi ia boleh membantu anda menghadapi dan mengatasi kesedihan dengan lebih mudah.

3. Buat temu janji dengan seorang kaunselor atau menyertai satu kumpulan sokongan menerusi e-mel.

4. Berbincang dengan doktor anda mengenai anti-depresi sekiranya anda susah hendak bertindak balas.

Petua-petua:

1. Berkreatif. Ramai orang mendapati mewarna, melukis dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan dengan penuh perasaan boleh menenangkan fikiran. yes.gif

2. Baca mengenai peringkat-peringkat dan kesan-kesan kesedihan supaya anda menjadi lebih biasa dengan pengalaman anda sendiri.

3. Perhatikan, bahawa sesetengah orang tidak menunjukkan perasaannya sehinggalah ke suatu waktu yang lama setelah peristiwa kehilangan tersebut.

Amaran-amaran:

Jauhi minuman keras dan dadah. Menyembunyikan emosi boleh membuatkan anda tidak produktif.

Elakkan daripada membuat keputusan yang besar dan penting ketika anda dalam keadaan bersedih.

KEMURUNGAN

Bagi sesetengah individu, kemurungan dianggap sebagai suatu masalah minor dan seringkali tidak dihiraukan. Namun hakikatnya ia merupakan sebuah penyakit mental yang merbahaya sekiranya ia gagal dikawal dengan sepenuh kewarasan. Ini adalah kerana penyakit ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar ataupun disentuh. Ia merebak secara dalaman dan bertambah kronik tanpa disedari oleh penanggungnya.

Penyakit ini menyerang tanpa mengenal lingkungan usia. Pengidapnya boleh terdiri daripada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Ramai yang beranggapan bahawa ia bersifat sementara dan membiarkannya tanpa menerima apa-apa rawatan. Menurut Dr. Nor Hamidah;

"ia adalah sejenis penyakit seluruh tubuh
dan emosi kerana memberi kesan terhadap
pemikiran, anggota badan dan perasaan
dan mempengaruhi cara kita berfikir
mengenai diri kita sendiri atau hal lain"

Penyakit kemurungan atau juga dikenali sebagai depression, ini terbahagi kepada pelbagai jenis mengikut tahap dan kecenderungannya. Namun kemurungan yang paling lazim boleh dikenal pasti kepada tiga jenis utama, iaitu; Major Depression, Mild Depression, dan Manic Depressive
Psychosis (Bipolar Affective Disorder)

Gejala
- Kesedihan berpanjangan
- Isomnia (sukar untuk tidur) atau bangun terlalu awal pagi atau terlalu banyak tidur
- Hilang minat untuk berseronokan atau hobi-hobi yang sebelum ini digemari
- Hilang selera makan atau selera makan yang keterlaluan
- Bersendirian dan mengurung diri
- Hilang kosentrasi
- Resah
- Mudah marah
- Kurang bertenaga dan lesu
- Berasa putus asa, mudah mengalah
- Berpandangan pesimis
- Berasa bersalah
- Gangguan Fizikal
- sakit kepala yang berpanjangan
- sistem perkumuhan yang kurang hadam
- sakit yang berpanjangan
- Mudah menangis
- Ingin bunuh diri

Punca
- Sosialisasi keluarga
- Faktor genetik
- Kehilangan sesuatu yang amat disayangi
- Penyakit yang berpanjangan
- Apa-apa fenomena yang berlaku secara drastik dalam diri
- Rasa rendah diri yang keterlaluan
- Masalah yang terlalu berat sehingga dirasakan tidak mampu untuk dipikul

Rawatan
Dignosis hanya dapat dilakukan oleh pakar psikiatri mengikut tahap;
- penilaian psikiatri
- kesihatan mental
- penelitian simptom
- psikologi
- psikososial

Rawatan yang bakal diberikan adalah berbeza dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain mengikut tahap kemurungan mereka seperti yang telah dikenal pasti tahap atau jenis kemurungan yang dialaminya. Ada pesakit yang boleh diberikan ubat sokongan, ada juga yang hanya boleh diberikan psikoterapi (kaunseling) dan ada juga yang memerlukan gabungan kedua-dua kaedah tersebut.

Kaedah psikotrapi membolehkan pesakit mengenai atau meyedari apa yang sedang dialaminya, mempelajari cara pengurusan krisis, keupayaan menangani penyakit melalui kesedaran sendiri dan terapi kognitif. Malahan kaunseling juga diberikan kepada ahli keluarga dan teman sepejabatnya. Manakala pil anti kemurungan pula akan efektif dalam jangka masa antara dua hingga tiga minggu.

Mengelak Kemurungan
- Belajar menjadi tenang dan bersabar
- Jangan terlalu high expectation sehingga sukar dicapai
- Perancangan tugas agar teratur
- Jangan terlalu mengharap diri sendiri
- Elakkan bersendirian … habiskan masa dengan orang tersayang
- Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikiran positif
- Setiap keputusan yanhg berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif,

ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai
- Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
- Berusaha membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
- Jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan

Selamat Beristirehat

Artikel ini dipetik daripada;
Murung Sebahagian Penyakit Mental (m/s : 15)
Berita Minggu (4 Oktober 1998)
Ruangan Rencana Perubatan(Dr. Nor Hamidah)

Jangan Bersedih...


Dedikasi untuk diriku dan buat teman-teman...


Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat rumah yang luas, harta yang melimpah, paras yang menawan, kedudukan yang tinggi, ilmu yang dalam tidak ada gunanya sedikit pun

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat makanan yang enak terasa hambar, langit yang indah terasa hampa, bunga yang mekar menjadi layu, dan kehidupan dunia menjadi penjara yang pengap

Jangan bersedih, kerana kita masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan, dan dua kaki, lidah dan hati. Kita masih merasakan kedamaian, keamanan, dan kesihatan

Jangan bersedih, kerana kita masih memiliki agama yang kita yakini, rumah yang kita diami, nasi yang kita makan, air yang kita minum, pakaian yang kita pakai, dan saudara tempat kita berkongsi rasa...

Sekiranya kamu bersedih...

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Friday, May 01, 2009

kisah handsetku...

Salam semua...
ummm da lama tak jenguk blog aku nie...
ntah la...
macam banyak benda yang aku nak kongsi ngan kalian semua...
tapi dek kerana terlalu banyak tu la yang buat aku tak tau apa yang patut didahulukan...
last-last,,x de apa yang aku tulis...
huhuhu...
ummm..
tapi...
peristiwa yang baru-baru terjadi ni aku rasa aku nak kongsi kat sini...
sekadar peringatan untuk diriku,
dan kawan-kawan juga...

baru ni, 22 April...2 hari sebelum 1st paper, aku pegi kampus...
hantar proposal...
huhuhu...
lepas antar proposal,
aku g makan...
ms tu housemate aku temankan aku...
lepas makan, kitorang singgah kat kedai runcit beli barang sket,,
pastu balik la...
da sampai rumah tu, aku rasa ada sesuatu yang tak kena..
mana handset aku?
umm...aku cari dalam bilik aku,
tapi takde..aku pikir mungkin ada kat mana-mana kot...
aku pinjam handset housemate aku wat miskol,,
trutt...trutt...trutt...
talian disambung,, tapi takde dengar lak kat lam bilik aku..
then aku bagitau budak2 rumah aku nak gi cari lam bas,,
aku berkejar la ke bas kat depan umah tuh,,
hurmmm...bepeluh-peluh dibuatnya...maklumlah,,aku pecut bukan main laju...
da la pukul 12 tgh hari masa tuh,,warghhh...matahari tegak kat atas kepala tuh,,hurmm...
dipendekkan cerita, hanset aku takde kat dlm bas,,aku gi tanya kat kedai yang aku masuk tadi,,tokey kedai tu tanya no.tepon aku dan dail...hurmmm.....ada orang angkat,,
nak taw apa dia kata?
......"this is the voicemail box for the number......"
waaaaa....da tutup............
hermmm...maka,,tamat la riwayat hanset SONY ERICSSON K770i aku pada hari tu...
tak de harapan dah nak balik...hermm...nak wat camana....sedihnya aku...sedih sangat....
sebenarnya perasaan tu lebih kepada rasa bersalah...aku rasa bersalah sangat sebab handset tu pemberian daripada seseorang...paling menyedihkan, baru sebulan lebih aku guna handset tu... umm...rasa bersalah tu yang menyebabkan aku rasa berat sangat nak bagitahu dia yang aku da kehilangan handset yang dia bagitu...makkk...sedihnya aku...
hermm...tapi, nak wat camana...da hilang....
aduss,,kawan-kawan...beringatlah dengan harta benda korang,,jangan cuai macam aku nie... ntahlah,,benda dah lepas,,tak boleh nak dikesalkan lagi...harap korang sume sentiasa berhati-hati....begitulah kisahnya...
sekian, time kasih...