berminat untuk dapat duit??? sile kelik banner yg kiut ini

Sunday, January 23, 2011

mandi manda di sungai dan Majlis Perpisahan~~~

juz nak catat, KHAMIS (cuti Thaipusam) adalah antara hari yang paling menggembirakan kerana telah berjaya meluangkan masa bermandi-manda dengan encik Beliau, ana&tunang serta en.isea di sungai Kalumpang nun jauh di Hulu Selangor sana yang bersempadan dengan Tanjong Malim, bumi yang dah lama kutinggalkan (waaaa...nanges di situ)

manakala, semalam dalam sejarah pula merupakan satu kejayaan baru dalam idup kerana telah bejaya menjadi pemandu penunjuk arah/jalan kepada kekandaku yg ingin menjemput teman/kawan/sahabat nya daripada seksyen 17 (stesen bas) shah alam.
Alhamdulillah, kami telah selamat pergi menjemput dan membawa pulang teman/kawan/sahabat nye itu ke kediaman sewaan kami di USJ ini dengan selamat tanpa sesatnye... (wauuuuu...bangga di situ!)

Arakian, peristiwa hari ini dalam sejarah pula ialah berkenaan dengan Majlis Perpisahan Pengetua SMK USJ 13, Datin Hajah Robiah bt. Hj. Abd Hamid (pengetua cemerlang DG 54) yg telah diadakan di Selangor Royal Dosset *(agaknye mcm gitu la nama tempat tu, biasalah~~LUPA!)
InsyaAllah next week akan menyambut kehadiran pengetua baru pula~~


oraitt~ ini saja untuk kali ini
sampai ketemu lagi+++

No comments:

Post a Comment