Assalamualaikum...
sekarang dah bergelar mummy,,
actually terlalu banyak sangat nak kongsi cerita and nak titipkan sesuatu di blog kecintaanku nan satu ini,,
tetapi apakan daya,,
dek kerana kealpaan sendiri melupakan oopss terlupakan password belog sendiri menyebabkan semua impian dan cita-cita untuk meng'upload serta mengarang puisi dan tinta di sini menjadi sesia sahaja...
al-maklum dek kesibukan (sebuk sangat ke???) yang terlampau menyebabkan jarang2 sekali meng'login belog lalu terlupalah pasword katenye...
watever lah,, yang lepas biarkan berlalu,, andai ada kesesuaian masa dan mood nanti akan dahku madahkan semula apa yang telah berlaku sejak dua taun kebelakangan ini,,,
eh,,DUA TAUN!!! kemain lama dahku tak buka belog nih,, wajar buat satu belog baharu,,hahahah...LANTAK!
dah,,dah,, ni tak tau cemana leh ingat semula pasword ni,, janji dah boleh becerita semula,,sekarang da jadi bini orang and mak orang,, makanya anak dara yang petama ni namanya NUR IMAN AMANI...dibintikan dengan nama ayahnya yakni MOHD BASIL BIN AHMAD.
kini diriku dan juga suami asek laaa dok merenung gambar anak dara setiap hari yg dah selamat diterbangkan balik ke kampung untuk dijaga dan diasuh oleh opah serta atuknya...katanyee...
padahal yang menjaganye tentulah adik ipar ku namanya INTAN SOFEA dek kerana dirinye yang masih free dan bakal berkahwin padaa bulan oktober yakni raya haji yg bakal tiba sebulan lagi.,...
al-kisah kenapa perlu di pos anak dara sorang tu adalah disebabkan oleh keselamatan dan kawalan serta didikan di kampung sangatlah terjamin keselamatannya...menurut kata suami la....hmmm...tidak mengapa lah encik suami...kuasa membuat keputusan terletak di tangan anda sepenuhnya....saya sedih sangat tau,, tapi awak yang beria-ia nak hantar anak balik kampung,,, ni awak pulak hari-hari dok mengeluh rindukan anak...terseksa awak terseksa lagi saya tau....
hermmm....mood sedih je sejak si kecik debab tu dah dihantar ke kampung...sensitif kemain lak kedua-dua orang tua mu di sini...tak ngapalah nak...umi redha je....
erm...rasa macam nak taip banyak2 lagi benda kat sini,, tapi kang takut termelalak lalak pulak tetengah pagi buta ni...hermmm..kang kena marah lagi ngan ayah awak,,ok la...babai sayang...nanti umi tulis lagi bingkisan untuk anak umi yang jauh di mata....
we love u so strong sayang...babai..assalamualaikum.... mmmmuahhhh....mmmuahhhh....
(harap-harap lepas ni tak lupa password dah...)